- Iklan -
Berita

Sarawak catat 426 kes harian, tertinggi hari ini

Malaysia catat 1,302 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petugas barisan hadapan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunggu gilirannya untuk menerima suntikan Vaksin Pfizer-BioNTech.
Seorang petugas barisan hadapan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunggu gilirannya untuk menerima suntikan Vaksin Pfizer-BioNTech.

Malaysia mencatatkan 1,302 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 341,944.

Sarawak hari ini menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 426 kes.

Ia kemudian disusuli Selangor (256), dan Johor (176). Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,127 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 326,309.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,380.

Daripada jumlah itu 169 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 76 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 4 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,255 orang.