Saturday, July 24, 2021

Perlu gabungan besar sebanyak mungkin parti demi kestabilan politik

Keutamaan kepada Bersatu Pahang adalah berusaha membuat gabungan yang kuat di setiap peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan Parlimen.

Other News

Terdapat keperluan mewujudkan sebuah gabungan parti yang besar meliputi sebanyak mungkin parti politik, bagi memastikan kerajaan yang stabil, kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang Saifuddin Abdullah.

Beliau yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, keutamaan kepada Bersatu Pahang adalah berusaha membuat gabungan yang kuat di setiap peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan Parlimen, selain menyifatkan mesyuarat penubuhan Perikatan Nasional (PN) negeri juga sebahagian ke arah itu.

Mesyuarat penubuhan PN Pahang yang berlangsung di Kuantan malam tadi, turut memilih Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota sebagai pengerusi.

“Kita sekarang dalam keadaan di mana ada parti yang berada dalam kerajaan PN, namun tiada dalam parti PN. Itu yang menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan banyak pihak, dan bagi Bersatu sudah tentu lebih baik kita berada dalam kerajaan PN dan parti PN,” katanya selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk Balok Makmur di Kuantan semalam.

Ditanya mengenai pendirian Bersatu Pahang dengan ketetapan PAS yang kekal mempertahankan PN dan Muafakat Nasional (MN) yang dijalin bersama Umno, Saifuddin berkata mereka menghargai hakikat PAS masih dengan Umno.

“Di sana (kerjasama PAS dengan Umno) kelihatan ada jambatan dan Bersatu Pahang tidak mahu membakar jambatan. Jika kita tak pandai buat jambatan, jangan dibakar,” katanya dan menambah sebarang keputusan akhir adalah bergantung kepada pimpinan parti masing-masing.

Ditanya mengenai pendirian Bersatu Pahang dengan ketetapan PAS yang kekal mempertahankan PN dan Muafakat Nasional (MN) yang dijalin bersama Umno, Saifuddin berkata mereka menghargai hakikat PAS masih dengan Umno.

Beliau berkata mesyuarat penubuhan PN Pahang malam tadi, dengan kehadiran pimpinan negeri Bersatu, PAS dan Gerakan, berlangsung dalam suasana mesra, saling memahami dan sepakat, bahawa belum tiba masa untuk memulakan perbincangan pembahagian kerusi kerana menunggu arahan pucuk pimpinan.

“Kita pada tahap mahu meningkatkan kemesraan antara satu sama lain. Belum sampai masa yang dipersetujui untuk berbincang mengenai pilihan raya umum. Kita juga berpegang kepada peribahasa jangan berlunjur sebelum duduk,” katanya.

Beliau berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan dan kerjasama mewujudkan PN Pahang, selain jelajah beliau ke 13 daripada 14 Parlimen negeri ini mendapat sambutan “baik dan mesra” daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

Saifuddin dijadualkan bertemu dengan pimpinan parti PN Pahang Rompin pada 9 April ini, manakala mesyuarat Bersatu Pahang akan berlangsung pada 10 April, serta bersetuju bahawa mesyuarat kedua akan berlangsung pada pertengahan Mei ini di Temerloh, dengan PAS sebagai tuan rumah.

Pada majlis itu, beliau yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan kepada 64 ketua keluarga B40, tablet kepada 60 pelajar dan sumbangan RM100,000 untuk menaik taraf dan pembesaran Masjid Balok Makmur.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles