Monday, July 19, 2021

Puteri Umno bimbang pergolakan politik dalam pimpinan jejaskan parti

Pertelingkahan politik dalam Umno sedikit sebanyak merencatkan strategi yang sudah disusun untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Other News

Puteri Umno hari ini menyatakan kebimbangan melihat situasi politik dalam kalangan pucuk pimpinan parti Melayu itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Bagi Naib Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi apa yang berlaku dalam kalangan barisan tertinggi sedikit sebanyak akan merencatkan strategi yang sudah disusun untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Ayahanda-ayahanda, anakanda pening melihat gelagat ayahda-ayahda semua. Anakanda mohon ayahanda menjadi pemimpin yang kami sayangi dan carilah jalan untuk bersama kerana parti kita memerlukan kekuatan.

“Kita mesti ingat segala tindak tanduk diperhatikan rakyat termasuk orang muda terutamanya orang Melayu yang tentukan jatuh bangun kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Puteri Umno hari ini.

Menurutnya lagi, jika pergolakan dalaman Umno tidak ditangani dengan segera, maka tidak mustahil dalam PRU15 depan, Umno akan tewas sekali lagi.

“Kestabilan parti kita kestabilan yang bertunjangkan kesatuan sesama kita.

“Hanya keputusan yang bergerak teratur dalam mencapai matlamat yang paling penting kestabilan yang dapat menyakinkan rakyat kepada Umno.”

Dalam pada itu, beliau turut memberi bayangan supaya Umno tidak menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti jika ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita ada masa untuk buat pertimbangan justeru buatlah keputusan sebagai parti induk dalam negara.

“Bincanglah baik-baik dengan pihak yang ikhlas mahu berkongsi matlamat dengan Umno asalkan mereka bukan musuh ketat kita sejajar dengan MT.

“Pendek kata barisan Umno perlu kembali bersarang dalam hati rakyat Malaysia,” katanya.

Nurul juga berpendapat semua menteri Umno yang berada dalam Kabinet Muhyiddin Yassin perlu teruskan perjuangan tanpa melupakan mereka yang berada di bawah.

“Kepada menteri-menteri Umno dalam kerajaan PN teruskan menjadi yang terbaik untuk rakyat kerana anda lah yang terbaik, perlu terus jadi yang terbaik.

“Dan tengoklah kami dibawah kadang-kadang kami ini kurang kasih sayang, menyebabkan kami beremosi.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles