Tuesday, November 30, 2021

Malaysia catat 1,199 kes baru Covid-19

Selangor masih catat kes harian tertinggi.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,199 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 340,642.

Negara juga mencatat sebanyak 1,257 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 325,182.

Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 283 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (267), dan Johor (81). Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Perak, dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,209.

Daripada jumlah itu 167 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 72 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,251 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles