Thursday, October 28, 2021

Kerjasama PAS, Umno dan Bersatu Kelantan diputus pusat, kata Tuan Ibrahim

Menurut Tuan Ibrahim hubungan ketiga-tiga parti itu di Kelantan adalah baik.

Other News

Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing-masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu katanya setiap perkara termasuk kerjasama politik akan dibincangkan dan diputuskan di peringkat pusat, bukan oleh negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Umno Kelantan yang mahu PAS Kelantan membuat keputusan sama ada bersama parti itu atau Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS dan Umno boleh membincangkan perkara itu menerusi Majlis Perundingan Muafakat Nasional.

“Tiada masalah,” kata Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di Sungai Jenderam hari ini.

Beliau juga menegaskan hubungan PAS, Umno serta Bersatu di Kelantan adalah baik.

Media sebelum ini melaporkan Umno Kelantan bertindak memutuskan hubungan serta kerjasama dengan Bersatu sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan bahagian sebelum ini

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles