Monday, August 2, 2021

Pemuda Bersatu kesal SPR tunda pelaksanaan Undi 18 tahun depan

Pemuda Bersatu turut ingin membantu dalam mempercepat pelaksanaan Undi 18.

Other News

Pemuda Bersatu hari ini menyatakan kekesalan dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda pelaksanaan ‘Undi18’ dari Julai 2021 ke September 2022.

“Armada kekal berpendirian bahawa pelaksanaan penurunan had umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun tetap perlu dilaksana,” kata Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayshal dalam sebuah kenyataan.

Bagaimanapun, menurut Fayshal, pemuda Bersatu memahami SPR perlu meneliti kaedah paling sesuai untuk memastikan kemasukan pengundi baru dilaksanakan dengan baik.

“Armada juga bersedia untuk menghulurkan kerjasama kepada semua agensi kerajaan yang terbabit demi mempercepat proses tersebut.

“Usaha bersepadu semua pihak yang lebih bersasar perlu disertai dengan iltizam politik untuk memastikan pelaksanaan aspirasi Undi 18 ini menjadi kenyataan,” katanya lagi

Semalam SPR mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka akan dilaksanakan selepas 1 September tahun depan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 16 Julai 2019, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pentadbiran Pakatan Harapan bagi merendahkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Rang undang-undang tersebut turut membenarkan pendaftaran pemilih automatik dan membenarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk bertanding pilihan raya.

Usul tersebut diluluskan dengan 211 undi di Dewan Rakyat.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles