Sunday, July 25, 2021

Ibu pejabat parti Suu Kyi diserang ‘koktail molotov’

Myanmar terus bergejolak sejak junta tentera menjatuhkan tokoh penerima Nobel itu pada 1 Februari lalu.

Other News

Ibu pejabat parti pimpinan Aung San Suu Kyi di Myanmar diserang bom ‘koktail molotov’ awal hari ini, kata jurucakap parti itu.

Myanmar terus bergejolak sejak junta tentera menjatuhkan tokoh penerima Nobel itu pada 1 Februari lalu.

Kudeta tentera itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan rakyat Myanmar sehingga seluruh negara menyaksikan kemaraan tunjuk perasaan besar-besaran membantah tentera.

Parti Suu Kyi, Liga Demokrasi Nasional (NLD) juga dilihat tidak stabil sejak kudeta bulan lepas sehingga ramai dari ahli Parlimennya bersembunyi.

Pada pukul 4 pagi, seorang penyerang melontar molotov koktel di ibu pejabat NLD di Yangon sehingga menyebabkan kebakaran.

“Bila ramai penduduk menyedari ada api di situ, mereka hubungi jabatan bomba. Api dapat dikawal pada pukul 5 pagi.

“Siasatan awal menunjukkan ada orang yang lontar koktail molotov ke arah bangunan.” kata Soe Win yang pengurus ibu pejabat NLD.

Bagaimanapun, serangan itu hanya menjejaskan pintu masuk bangunan, sementara ahli NLD juga telah memeriksa kerosakan akibat serangan tersebut, katanya lagi.

“Kami akan buat laporan polis. Kami tak tahu siapa dalang serangan ini, ini bukan satu hal remeh,” kata Soe Win menolak spekulasi mengenai niat serangan tersebut.

Insiden tersebut berlaku di ambang sambutan hari tentera di Myanmar.

Kebanyakan rakyat Myanmar bimbang sekiranya sambutan itu akan bertukar menjadi tragedi buruk.

Ia adalah ekoran tunjuk perasaan di jalan raya yang meragut ratusan nyawa apabila pasuka keselamatan negara itu menggunakan kekerasan.

Setakat ini, menurut kumpulan pemantau, 320 orang dicatatkan mati dalam gerakan membantah junta. Namun jumlah itu berbeza ketika diumumkan junta mendakwa kematian hanya sejumlah 164 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles