- Iklan -
Berita

Angka kes sembuh terus atasi kes baru Covid-19

Malaysia catat 1,509 kes sembuh hari ini berbanding 1,275 kes baru Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengesanan wabak Covid-19 di Labuan. Gambar: Bernama
Pengesanan wabak Covid-19 di Labuan. Gambar: Bernama

Malaysia mencatatkan 1,275 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 339,443.

Negara juga mencatat sebanyak 1,509 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 323,935.

Selain itu, Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 478 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (213), dan Johor (120).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang, Perlis, Putrajaya dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,269.

Daripada jumlah itu 161 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 70 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 1 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,249 orang.