- Iklan -
Berita

Malaysia catat 1,360 jangkitan baru Covid-19

Selangor masih mencatat kes harian tertinggi, dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Barisan hadapan negeri adalah penerima suntikan awal vaksin dalam program imunisasi kebangsaan.
Barisan hadapan negeri adalah penerima suntikan awal vaksin dalam program imunisasi kebangsaan.

Malaysia mencatatkan 1,360 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 338,168.

Negara juga mencatat sebanyak 1,491 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 322,416.

Selain itu, Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 356 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (308), dan Johor (129), sementara Perlis tidak mencatatkan kes jangkitan hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Terengganu dan Putrajaya sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,504.

Daripada jumlah itu 157 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 72 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,248 orang.