- Iklan -
Berita

Polis dedah gambar suspek tembakan rambang di AS

Abang suspek berkata, adiknya menghidap penyakit mental.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahmad Al Aliwi Alissa, 21 tahun berasal dari Syria namun sudah menetap lama di Amerika Syarikat. Gambar: AP
Ahmad Al Aliwi Alissa, 21 tahun berasal dari Syria namun sudah menetap lama di Amerika Syarikat. Gambar: AP

Polis Colorado mendedahkan gambar wajah suspek pembunuhan di sebuah pasar raya, Ahmad Al Aliwi Alissa sehari selepas 10 orang terkorban dalam sebuah kejadian tembakan rambang.

Berasal dari Syria, Alissa kini berdepan 10 pertuduhan membunuh selepas dia didapati masuk ke dalam sebuah pasar raya King Soopers dan menembak ke arah pekerja, pengunjung dan pihak polis.

Suspek kemudian dirakam menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas kejadian tersebut tanpa baju dan berlumuran darah.

Polis berkata, baju suspek diarahkan untuk dibuka sebelum dia ditahan, suspek juga meminta untuk bercakap dengan ibunya.

Dalam sebuah laporan New York Post, abang kepada Alissa berkata dia menghidap penyakit mental.

Suspek juga didedahkan memiliki akaun Facebook dan menghantar status tentang “Islamofobia” dan membincangkan serangan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 2019 yang mengorbankan 51 orang.

Dokumen mahkamah juga mendedahkan Alissa membeli sepucuk pistol seminggu sebelum kejadian tersebut.