- Iklan -
Berita

IMF peruntuk AS$650 bilion untuk pemulihan kesan pandemik global

Peruntukan itu juga digunakan untuk menyokong program vaksinasi

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dunia terjejas akibat pandemik Covid-19 melanda pada tahun lalu. Gambar: AP
Dunia terjejas akibat pandemik Covid-19 melanda pada tahun lalu. Gambar: AP

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyokong syor mengenai pengeluaran peruntukan baharu sebanyak AS$650 bilion bagi menyokong pemulihan global daripada pandemik Covid-19, lapor Sputnik.

“Saya berhasrat mengemukakan cadangan rasmi kepada Lembaga Eksekutif pada Jun untuk mempertimbangkan peruntukan baharu US$650 juta, berdasarkan penilaian terhadap keperluan rizab global jangka panjang negara anggota IMF, dan sesuai dengan Perkara Perjanjian dan mandat IMF,” kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dalam satu kenytaan pada Selasa.

Georgieva berkata peruntukan AS$650 bilion, jika diluluskan, akan memberikan peningkatan kecairan yang besar kepada negara anggota tanpa menambah beban hutang.

Pembiayaan itu juga dapat digunakan untuk menyokong program vaksinasi, katanya.

Lebih 124 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga kini dengan lebih 2.7 juta kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins pada Selasa.