- Iklan -
Berita

1,268 kes baru Covid-19 dicatat hari ini

Setakat ini, Selangor masih mencatat kes harian tertinggi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petugas barisan hadapan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunggu gilirannya untuk menerima suntikan vaksin.
Seorang petugas barisan hadapan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunggu gilirannya untuk menerima suntikan vaksin.

Malaysia mencatatkan 1,268 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 336,808.

Negara juga mencatat sebanyak 1,083 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 320,925.

Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 490 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (141), dan Johor (135), sementara Perlis tidak mencatatkan kes jangkitan hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes 1 digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,637.

Daripada jumlah itu 161 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 73 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,246 orang.