- Iklan -
Berita

Malaysia catat 1,384 kes baru Covid-19

6 kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas barisan hadapan HPUPM menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di Hospital Pengajian Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Serdang.Sebanyak 1547 petugas barisan hadapan HPUPM menerima vaksin fasa pertama sejak 8 Mac lalu dijangka selesai pada minggu hadapan.

Malaysia mencatatkan 1,384 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 335,540.

Negara juga mencatat sebanyak 1,058 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 319,842.

Selain itu, Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 625 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Johor (161), dan Sarawak (140), sementara Perlis dan Putrajaya tidak mencatatkan kes jangkitan hari ini.

Hanya Perak dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes 1 digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,454.

Daripada jumlah itu 148 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 62 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 6 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,244 orang.