Wednesday, December 1, 2021

Kes Covid-19 meningkat, 13 juta rakyat Chile akan dikuarantin

Pihak berkuasa mengumumkan langkah tersebut berikutan 17% peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara itu sepanjang minggu lalu.

Other News

Kerajaan Chile pada Isnin mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula khamis berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara, lapor Xinhua.

“Minggu ini sangat kompleks dari sudut kesihatan, memerlukan kami terus mengekalkan langkah-langkah kesihatan untuk mencegah virus merebak.

“Semasa berkumpul dengan keluarga, saya ingin tekankan perlunya menjaga jarak fizikal, mencuci tangan, tidak berkongsi gelas atau pinggan, dan memakai pelitup muka, cara paling berkesan untuk mengelakkan penularan,” kata Menteri Kesihatan Enrique Paris pada sidang media .

Ujarnya, 21 bandar di wilayah metropolitan Santiago, termasuk Maipu dan Puente Alto, yang paling banyak penduduk, akan diletakkan dalam kuarantin, serta 21 daerah lain di wilayah Coquimbo, Valparaiso dan O’Higgins, dan Maule, Nuble, Biobio dan Los Lagos.

Pihak berkuasa mengumumkan langkah tersebut berikutan 17% peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara dilaporkan sepanjang minggu lalu, sementara dalam tempoh 14 hari lalu mencatatkan 36%.

Pada Isnin, kementerian melaporkan 6,155 kes baharu dan 80 kematian dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini masing-masing 938,094 dan 22,359.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles