- Iklan -
Berita

10 terkorban dalam tembakan rambang di Colorado

Seorang pegawai polis turut dilaporkan meninggal dunia.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Antara mangsa serangan tembakan termasuk seorang pegawai polis Eric Talley yang merupakan pegawai paling awal ke tempat kejadian. Gambar: AP
Antara mangsa serangan tembakan termasuk seorang pegawai polis Eric Talley yang merupakan pegawai paling awal ke tempat kejadian. Gambar: AP

Sekurang-kurangnya 10 orang meninggal dunia dalam sebuah kejadian tembakan rambang di Colorado, kata polis.

Antara mangsa serangan tersebut termasuk seorang pegawai polis Eric Talley yang merupakan pegawai yang paling awal ke tempat kejadian di sebuah pasar raya King Soopers di Boulder.

“Setakat ini kami tahu ada 10 mangsa di tempat kejadian, termasuk seorang anggota pasukan polis Boulder.

“Eric Tally adalah pegawai pertama yang sampai di tempat kejadian, dia kemudiannya ditembak,” kata Ketua Polis Boulder Maris Herold.

Video yang disiarkan secara langsung menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai suspek tidak memakai baju dan kelihatan berlumuran darah telah ditahan polis.

Saksi kejadian memberitahu kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang waktu tempatan.

Mereka turut mendengar bunyi tembakan sebelum melarikan diri melalui pintu belakang premis.

Polis berkata pihaknya sampai di tempat kejadian beberapa minit selepas mendapat panggilan kecemasan dan berjaya masuk ke dalam bangunan.

“Setakat ini yang cedera parah adalah suspek. Orang lain yang cedera parah tidak dapat disahkan lagi.”