- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat angka 1,116 hari ini

5 kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Barisan hadapan menjadi penerima awal suntikan vaksin Covid-19.
Barisan hadapan menjadi penerima awal suntikan vaksin Covid-19.

Malaysia mencatatkan 1,116 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 334,156.

Negara juga mencatat sebanyak 1,495 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 318,784.

Selain itu, Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 403 kes hari ini.

Ia kemudian disusuli Kuala Lumpur (158), dan Sarawak (124), sementara Perlis tidak mencatatkan kes jangkitan hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu dan Putrajaya sahaja yang mencatatkan kes 1 digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,134.

Daripada jumlah itu 156 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 60 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,238 orang.