Thursday, October 28, 2021

3 pekerja China terbunuh kren jatuh di lebuhraya SUKE

Mangsa dilaporkan jatuh pada ketinggian 120 kaki ketika kren itu jatuh.

Other News

Tiga pekerja pembinaan warga negara China meninggal dunia dalam sebuah kejadian kren jatuh di sebuah tapak bina Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), ia merupakan kemalangan maut kedua di tapak projek lebuhraya.

Mangsa dilaporkan jatuh pada ketinggian 120 kaki ketika kren itu jatuh. Seorang lagi mangsa sudah disahkan meninggal dunia namun masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut pihak berkuasa, kren tersebut menghempap sebuah Perodua Bezza, dan pemandunya dilaporkan cedera parah.

Awal bulan ini, dua orang turut dilaporkan meninggal dunia terbunuh dalam kejadian di lebuh raya MRR2 berdekatan Bandar Tasik Selatan. Van yang ditumpangi mereka dihempap runtuhan jambatan selepas dilanggar sebuah treler.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles