Wednesday, August 4, 2021

Kes Covid-19 turun bawah 1,500, 4 kematian baru dicatatkan

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 356 kes menjadikan kes keseluruhan di negeri itu berjumlah 111,906.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,327 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 333,040.

Sebanyak empat lagi kematian baru dicatatkan, menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan sebanyak 1,233.

Sementara jumlah kes sembuh hari ini mencatatkan 1,247 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 317,289.

Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 356 kes hari ini.

Ia disusuli dengan Sarawak 276, Pulau Pinang 205, Johor 141 dan Kuala Lumpur 115.

Sementara Perak mencatatkan 55 kes, Sabah 50, Kedah dan Kelantan masing-masing 30, Negeri Sembilan 22, Terengganu 18, Pahang 11, Melaka 10, Perlis lima dan Putrajaya tiga.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,518 dengan 154 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 65 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles