- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal bawah 2,000

Malaysia mencatatkan 1,671 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pergerakan orang ramai dilonggarkan sedikit selepas negara mengumumkan status PKPB bagi beberapa negeri. Gambar: Bernama
Pergerakan orang ramai dilonggarkan sedikit selepas negara mengumumkan status PKPB bagi beberapa negeri. Gambar: Bernama

Malaysia mencatatkan 1,671 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 331,713.

Negara juga mencatat sebanyak 1,585 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 316,042.

Selain itu, Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 652 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Pulau Pinang (328), dan Sarawak (154), sementara Perlis dan Putrajaya tidak mencatatkan kes jangkitan hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan dan Pahang sahaja yang mencatatkan kes 1 digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,442.

Daripada jumlah itu 151 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 64 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,229 orang.