- Iklan -
Berita

Suu Kyi hadapi pertuduhan baru rasuah di Myanmar

Menurut peguam Suu Kyi, setiap pemimpin ada kelemahan, namun rasuah bukan karakter pemimpin Myanmar itu.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Sekurang-kurangnya 200 rakyat Myanmar terbunuh dalam pertempuran dengan pihak junta tentera. Gambar: AP
Sekurang-kurangnya 200 rakyat Myanmar terbunuh dalam pertempuran dengan pihak junta tentera. Gambar: AP

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang dijatuhkan akibat kudeta tentera menghadapi beberapa pertuduhan baru rasuah yang disifatkan peguamnya sebagai “tidak berasas”.

Bagaimanapun, pertuduhan yang dihadapinya mungkin menjadikan Suu Kyi tidak boleh aktif semula dalam politik Myanmar.

Kudeta 1 Februari lalu ke atas pentadbiran pimpinan Suu Kyi mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di jalan raya negara itu. Rakyat Myanmar memenuhi ibu kota bagi menunjukkan bantahan mereka kepada pemimpin tentera yang kemudian menyambut tunjuk perasaan itu dengan keganasan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 200 rakyat Myanmar meninggal dunia selepas pertempuran dengan pihak berkuasa junta.

Pihak tentera turut menyiarkan sebuah video pada Rabu yang memaparkan seorang usahawan Myanmar mengakui bahawa beliau memberi AS$550,000 kepada Suu Kyi sejak beberapa tahun sebelum ni.

Usahawan Maung Weik berkata dia menderma wang kepada individu-individu kanan dalam kerajaan agar dia dapat menjalankan perniagannya.

“Aung San Suu Kyi melakukan rasuah dan kerajaan sedang menyiapkan pertuduhan ke atasnya mengikut undang-undang anti rasuah,” kata seorang penyiar dalam

Ketika ini, Suu Kyi sudah berdepan dengan tuduhan rasuah.

Minggu lepas, jurucakap junta berkata ketua menteri yang kini turut ditahan telah memberi AS$600,000 dan 10 kilogram jongkong emas kepada Suu Kyi.

“Semua tuduhan itu tidak berasas,” kata peguam Suu Kyi, Khin Maung Zaw kepada AFP

“Aung San Suu Kyi mungkin ada kelemahan. Namun rasuah dan korupsi bukan darah dagingnya,” kata Maung lagi.

Bagaimanapun, sabitan kes rasuah itu boleh menyebabkan Suu Kyi “dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik,” kata Zaw.

Akhbar harian rasmi kerajaan turut melaporkan pada Khamis bahawa sebuah yayasan kebajikan, yang dinamakan sempena ibu Suu Kyi, turut disiasat kerana tidak membayar fi yang cukup selepas bangunan itu menggunakan tanah kerajaan.