- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat 1,576 dengan 2 kematian

Malaysia mencatat 1,996 kes sembuh Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Malaysia menyaksikan penurunan kes Covid-19 selepas ia melonjak awal tahun ini. Gambar: Bernama
Malaysia menyaksikan penurunan kes Covid-19 selepas ia melonjak awal tahun ini. Gambar: Bernama

Malaysia mencatatkan 1,576 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 330,042.

Negara juga mencatat sebanyak 1,996 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 314,457.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,360.

Daripada jumlah itu 151 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 57 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,225 orang.

 

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.