- Iklan -
Berita

Malaysia catat 1,213 kes baru dengan 3 kematian

Kes sembuh terus mengatasi kes baru dengan mencatatkan 1,503 pesakit dibenarkan pulang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Barisan hadapan akan menjadi kumpulan pertama mendapat suntikan vaksin. Gambar: Bernama
Barisan hadapan akan menjadi kumpulan pertama mendapat suntikan vaksin. Gambar: Bernama

Malaysia mencatatkan 1,213 kes baru Covid-19 hari menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 328,466.

Negara juga mencatat sebanyak 1,503 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 312,461.

Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 353 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (303), dan Johor (142), sementara Perlis dan Putrajaya tidak mencatatkan kes jangkitan hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan sahaja yang mencatatkan kes 1 digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,782.

Daripada jumlah itu, 155 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 54 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 3 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,223 orang.