- Iklan -
Berita

Azmin ketuai misi ke Jepun, Korea, perkenal dasar pelaburan baru

Azmin berkata dasar baru pelaburan dirangka dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) kementerian kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi ke Jepun dan Korea dalam misi perdagangan Putrajaya memperkenalkan dasar baru pelaburan luar negara.

Ia dirancang selepas kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti), menyediakan dasar terbaru itu termasuk beberapa insentif untuk menarik pelaburan luar negara, bagi meningkatkan industri-industri berkualiti tinggi.

Azmin berkata dasar baru itu sedang dirangka dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), kementerian kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia.

“Jika sebelum ini kita fokus kepada insentif industri buruh, sekarang kita akan fokus kepada pelaburan berteknologi tinggi dan berkualiti tinggi,” kata beliau dalam sidang media pengumuman inisiatif Safe@Work hari ini.

Azmin berkata perjalanan seminggu ke Jepun dan Korea pada akhir bulan ini akan membentangkan butiran dasar baru itu kepada bakal pelabur.

Mida adalah sebuah agensi yang berperanan menyusun pelaburan-pelaburan asing baru-baru ini mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, dan pelaburan itu mempunyai nilai RM81.9 bilion

Sekurang-kurangnya RM47.7 bilion telah diterima dan dinilai. Setelah diluluskan, semua projek itu dijangka akan dilaksanakan di antara 2021 and 2022.

Azmin mengakui pelaksanaan dasar ini beberapa kali tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.

“Kita menghadapi beberapa cabaran dalam setahun yang lalu. Polisi yang akan diperkenalkan melibatkan insentif baru adalah untuk menarik pelaburan baru.

“Kami akan menggunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan dasar baru kepada para pelabur di sana.”

Walaupun laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini berkata pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia merosot akibat pandemik Covid-19.

Namun, menurut laporan World Bank Doing Business Report 2020, Malaysia berada di kedudukan kedua di peringkat Asean dari segi kemudahan menjalankan perniagaan dan perlindungan pelabur.

Malaysia juga berada di kedudukan keempat dari 17 ekonomi dunia dalam kajian bersama AS baru-baru ini mengenai kos operasi pembuatan seluruh dunia oleh KPMG dan Manufacturing Institute.