Tuesday, November 30, 2021

Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia terperangkap dalam kereta

Kanak-kanak itu ditemui di dalam kereta selepas empat jam ditinggalkan.

Other News

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan meninggal dunia selepas ditemui tertinggal di dalam kereta lebih empat jam di hadapan sebuah tadika di Taman Ria semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah berkata mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Waja milik pengetua tadika terbabit pada 12.15 tengah hari.

Beliau berkata sebelum itu, mangsa yang tinggal berhampiran tadika tersebut telah dijemput pengetua wanita terbabit kira-kira 7.45 pagi dan mangsa ketika itu dalam keadaan sihat duduk di tempat duduk belakang kereta.

“Sebelum itu, pengetua terbabit juga mengambil seorang pelajar lain yang berumur 5 tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dan sampai sahaja di hadapan tadika, seorang guru telah ambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika.

“Pengetua itu pula terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta. Ketika kejadian, mangsa masih berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adzli berkata mangsa berada dalam kereta itu mulai 8 pagi dan pada 12.15 tengah hari pengetua terbabit dimaklumkan oleh seorang guru bahawa mangsa tidak hadir ke tadika menyebabkan pengetua terbabit terus menuju ke keretanya dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

“Pengetua itu telah menghubungi pihak ambulans dan buat bantuan penafasan (CPR) namun mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor di bahagian kecemasan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat hari ini dan pengetua terbabit direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles