Tuesday, December 7, 2021

Angka kes baru terus menurun, catat 1,219 hari ini

Perlis, Pahang, Labuan, Putrajaya mencatatkan kes satu digit hari ini.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,219 kes baru Covid-19 hari menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 327,253.

Negara juga mencatat sebanyak 1,346 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 310,958.

Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 499 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (225), dan Johor (169), sementara Perlis, Pahang, Labuan, Putrajaya mencatatkan kes satu digit hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (225), dan Johor (169), sementara Perlis, Pahang, Labuan, Putrajaya mencatatkan kes 1 digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 15,075.

Daripada jumlah itu 154 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 64 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,220 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles