Friday, April 23, 2021

7 terbunuh dalam kejadian tembakan di Georgia, AS

Siasatan berhubung kejadian itu masih di peringkat awal.

Other News

Tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya dua cedera dalam kejadian tembakan di kawasan metropolitan Atlanta, Georgia, pada Selasa, lapor agensi Xinhua.

Di daerah Cherokee, seorang suspek berjaya melarikan diri setelah menembak mati tiga mangsa dan mencederakan dua yang lain di sebuat pusat urut Young’s Asian Massage Parlor berdekatan Acworth, kira-kira 50 kilometer di barat laut Atlanta City, lapor The Atlanta Journal-Constitution.

Beberapa jam kemudian, Ketua Polis Atlanta Rodney Bryant mengesahkan empat wanita, semuanya dipercayai warga Asia, ditembak dan dibunuh di dua rumah urut berasingan di Piedmont Road, Atlanta.

Bryant berkata siasatan masih di peringkat awal.

“Masih terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua kes,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles