Sunday, July 25, 2021

4 ahli Parlimen pembangkang, seorang pemimpin DAP gesa Anwar tolak kerjasama dengan ‘kleptokrat’

Amanah, Warisan, Muda dan DAP mengatakan pembangkang perlu memperkukuhkan kedudukan dan berikrar untuk menolak ahli politik kleptokrat.

Other News

Empat ahli Parlimen pembangkang dan seorang pemimpin DAP menggesa agar Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menolak kerjasama dengan pemimpin kleptokrat Umno dan mengukuhkan kesepakatan pembangkang.

Gesaan tersebut disuarakan tiga ahli Parlimen iaitu Salahuddin Ayub (Amanah-Pulai), Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar), dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) dalam satu kenyataan.

Senator Liew Chin Tong dan pemimpin Parti Sarawak Bersatu Baru Bian turut serta menandatangani kenyataan tersebut.

Mereka turut menyifatkan setiap kerjasama yang dilakukan harus dibina berdasarkan prinsip pembangkang bagi mendepani cabaran krisis kesihatan, ekonomi dan politik.

“Mendepani cabaran berangkai ini, kami merayu agar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengukuhkan blok pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat. Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini,” katanya.

“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua.”

Terdahulu, Anwar beberapa kali berkata wujud kemungkinan kerjasama dengan Umno dan ia masih dalam proses rundingan.

Namun, kenyataan Anwar itu mencetuskan kekecohan apabila Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan, ketua penerangannya, Shahril Hamdan dan ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki sebaliknya berkata tidak mengetahui wujudnya perbincangan antara partinya dengan Anwar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles