- Iklan -
Berita

Malaysia catat 1,063 kes baru, terendah setakat ini

Selangor masih mencatat kes harian tertinggi dengan 323 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk Orang Asli Temuan melakukan ujian saringan RTK-Antigen secara percuma oleh pasukan kesihatan Klinik Selcare di Desa Temuan, Bukit Lanjan.
Penduduk Orang Asli Temuan melakukan ujian saringan RTK-Antigen secara percuma oleh pasukan kesihatan Klinik Selcare di Desa Temuan, Bukit Lanjan.

Malaysia mencatatkan 1,063 kes baru Covid-19 hari menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 326,034 kes

Angka itu adalah terendah bagi tahun ini selepas negara menyaksikan peningkatan angka jangkitan sejak awal tahun ini.

Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian dengan 323 kes dicatat hari ini.

Ia kemudian disusuli Sarawak (183), dan Pulau Pinang (175) dan Johor (118), sementara Putrajaya dan Melaka tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negeri-negeri yang mencatat kes satu digit pula adalah Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 15,204.

Daripada jumlah itu 152 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 68 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,218 orang.