Sunday, July 25, 2021

Kes baru Covid-19 turun lagi, catat angka 1,208

Malaysia catat 973 kes sembuh hari ini.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,208 kes baru Covid-19 hari ini dengan Selangor masih menjadi negeri yang paling tinggi mencatat kes harian.

Dengan angka kes terbaru hari ini, Malaysia merekodkan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 323,763.

Dalam pada itu, negara turut mencatat 1,973 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh sebanyak 308,247 kes.

Selangor mencatat 379 kes diikuti Sarawak (251), Pulau Pinang (142) dan Johor (118), sementara Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negeri-negeri yang mencatat kes satu digit adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 15,511.

Daripada jumlah itu 155 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 70 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 3 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,213 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles