Friday, April 23, 2021

Junta Myanmar laksana undang-undang tentera di dua bandar Yangon

Junta tentera leraikan penunjuk perasaan secara ganas, golakan rakyat Myanmar makin hangat dengan kematian terus meningkat.

Other News

Junta Myanmar pada Ahad mengumumkan pelaksanaan undang-undang tentera di dua bandar Yangon setelah sekurang-kurangnya 18 penunjuk perasaan terbunuh sejak rampasan kuasa 1 Februari.

Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan besar-besaran sejak kudeta tentera ke atas kepimpinan Aung San Suu Kyi, walaupun aktivis dan kumpulan hak asasi percaya jumlahnya lebih tinggi.

Junta berulang kali memberikan alasan rampasan kuasa yang dilakukan adalah ekoran penipuan pilihan raya pada November tahun lalu selepas parti Liga Nasional Demokrasi (NLD) pimpinan Suu Kyi memenanginya.

Media yang dikendalikan kerajaan mengumumkan pada Ahad bahawa bandar Hlaing Tharyar yang Yangon dan bandar Shwepyitha akan diletakkan di bawah undang-undang tentera.

Kedua-dua bandar itu terkenal dengan populasi penduduk berpendapatan rendah dan merupakan kawasan perkilangan.

Junta “melaksanakan undang-undang tentera dan badan kehakiman diterajui panglima tentera wilayah Yangon … demi menjaga keamanan, keluhuran undang-undang dan secara lebih efektif,” kata seorang penyiar di sebuah stesen televisyen milik kerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera dan polis telah melakukan tindakan keras hampir setiap hari terhadap para penunjuk perasaan yang menuntut demokrasi.

Kedua-dua institusi keselamatan itu menggunakan gas pemedih mata dan menembak peluru getah dan hidup bagi meleraikan protes anti kudeta secara besar-besaran itu.

Penunjuk perasaan dilihat mengubah suai tong sampah sebagai perisai diri apabila penunjuk perasaan cedera ditembak pihak berkuasa.

Namun, kesemua mereka yang cedera tidak dapat dihubungi, kata seorang doktor.

“Setakat ini, saya dapat mengesahkan 15 orang telah meninggal dunia,” kata dokter itu kepada AFP, di samping turut menambah bahawa dia telah merawat sekitar 50 orang penunjuk perasaan.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar turut mengutuk keras pertumpahan darah tersebut dengan menyifatkan bahawa masyarakat antarabangsa, “termasuk masyarakat serantau, perlu bersatu dalam solidariti bersama rakyat Myanmar dan aspirasi demokratik mereka”.

Christine Schraner Burgener turut berkata dalam kenyataannya bahwa beliau telah mendapat aduan dan “kisah memilukan mengenai pembunuhan, penganiayaan terhadap penunjuk perasaan dan penyiksaan terhadap tahanan.”

Kekejaman yang sedang berlaku itu disifatkan beliau sebagai “melemahkan prospek keamanan dan kestabilan” di Myanmar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles