- Iklan -
Berita

1.4 juta permohonan vaksin tidak dapat diproses

Khairy Jamaluddin jelaskan mengapa ia tidak dapat diproses.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai perlu mendaftar bagi menerima suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.
Orang ramai perlu mendaftar bagi menerima suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.

Sebanyak 1.4 juta permohonan suntikan vaksinasi di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) tidak dapat diproses karena pengisian borang yang tidak lengkap.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (Mosti) Khairy Jamaluddin berkata antara punca ia tidak dapat diproses termasuk kegagalan pemohon menjelaskan alamat terkini mereka, selain tidak menjawab soalan penilaian perubatan.

“Proses pendaftaran lengkap diperlukan untuk mendapatkan temu janji vaksinasi,” kata Khairy dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Khairy turut berkata mereka yang menghantar permohonan tidak lengkap akan diingatkan melalui SMS untuk menghantar semula permohonan bersama butiran yang dadapati tidak lengkap.

Beliau menambah pihak berkuasa kesihatan tidak boleh bergantung dengan alamat di MyKad pemohon.

“Alamatnya penting kerana temu janji ditetapkan di pusat kesihatan terdekat (dengan pemohon),” jelasnya lagi.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan menemui wakil dari hospital swasta berhubung penglibatan mereka dalam membantu program vaksinasi kerajaan.

Beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia mungkin menjalankan vaksinasi ke atas remaja berdasarkan keputusan ujian yang telah dilakukan oleh Pfizer dan AstraZeneca.

Setakat ini, sekitar 5.5 juta orang telah mendaftar untuk menerima suntikan Covid-19.

Jumlah pendaftaran paling tinggi adalah dari Selangor sebanyak 1,617,617, dan disusuli Johor (706,873) dan Kuala Lumpur (501,373).

Putrajaya turut menyaksikan kenaikan peratusan pendaftaran tertinggi sebanyak 69.5%, diikuti Kuala Lumpur (33.9%) dan Selangor (33.4%).

NegeriJumlah pendaftaranPeningkatan pendaftaran (%)
Perlis33,72817.9%
Kedah275,53417.2%
Penang391,57328.3%
Perak378,02219.5%
Selangor1,617,61733.4%
Kuala Lumpur501,37333.9%
Putrajaya223,97969.5%
Negeri Sembilan223,97926.4%
Melaka172,84824.7%
Kelantan145,81611.8%
Terengganu137,07916.3%
Pahang210,68117.1%
Johor706,87324.9%
Sabah241,4928.2%
Labuan18,88826.1%
Sarawak439,08821.2%
5,534,114
Peningkatan pendaftaran suntikan vaksin kebangsaan: 22.8%