- Iklan -
Berita

Selangor kekal paling tinggi dalam 1,354 kes baru Covid-19

Perlis merekodkan sifar kes hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai membeli makanan di pasar malam selepas PKPB membenarkan ia dibuka.
Orang ramai membeli makanan di pasar malam selepas PKPB membenarkan ia dibuka.

Malaysia mencatatkan 1,354 kes baru Covid-19 hari ini dan Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat jumlah kes jangkitan harian paling tinggi.

Dengan angka kes terbaru itu, Malaysia merekodkan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 323,763.

Selangor mencatat 577 kes diikuti Sarawak (178), Pulau Pinang (154) dan Johor (121), sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negeri-negeri yang mencatat kes satu digit termasuk Pahang, Labuah, Melaka dan Putrajaya.

Dalam pada itu, negara turut mencatat 1,782 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh sebanyak 306,274 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 16,279.

Daripada jumlah itu 158 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 70 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 4 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,210 orang.