Sunday, August 1, 2021

Kes Covid-19 terus menurun, catat 1,470 kes baru hari ini

3 korban Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan kematian meningkat kepada 1,206 orang.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,470 kes baru hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 322,409.

Malaysia turut mencatat 1,830 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh sebanyak 304,492 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 551 kes diikuti Sarawak (222), Pulau Pinang (178), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (158).

Negeri-negeri yang mencatat kes satu digit termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang hanya mencatatkan 1 kes, Melaka (2), Negeri Sembilan (6) dan Pahang (8).

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 16,711.

Daripada jumlah itu 167 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 70 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, Malaysia turut mencatat 3 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 1,206 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles