Friday, July 30, 2021

Trend jangkitan terus menurun, Malaysia catat 1,575 kes baru

3 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini,

Other News

Sebanyak 1,575 kes baru Covid-19 dicatat hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 320,939.

Malaysia turut mencatat 2,042 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh sebanyak 302,662 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 751 kes diikuti Sarawak (173), Johor (135), dan Pulau Pinang (132).

Wilayah Persekutuan Labuan hanya mencatatkan 3 kes sementara Putrajaya dan Pahang masing-masing mencatat 4 kes hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 17,074.

Daripada jumlah itu 147 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 67 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, Malaysia turut mencatat 3 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 1,203 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles