Wednesday, December 1, 2021

Mahkamah putuskan darurat diisytiharkan Agong tidak boleh dicabar

Permohonan untuk mencabar keputusan penangguhan sidang Parlimen dianggap remeh kerana tidak memiliki merit.

Other News

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa perisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dan ordinan yang diluluskan di bawahnya tidak boleh dicabar atau tertakluk dalam semakan kehakiman.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata, keputusan ini diakui dibawah Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menetapkan keputusan Agong mengisytiharkan darurat tidak boleh dicabar di mahkamah dan sah mengikut Perlembagaan.

Kamal berkata demikian ketika mengetepikan permohonan tiga wakil rakyat yang mencabar penangguhan sidang Parlimen oleh tindakan Muhyiddin Yassin yang menasihati Agong untuk menangguhkan sidang Parlimen sepanjang perintah darurat.

Permohonan tiga wakil rakyat itu merupakan kes pertama dari lima kes permohonan sedemikian, tiga pemohon tersebut ialah Salahuddin Ayub (ahli Parlimen Pulai), Johari Abdul (Sungai Petani) dan Abdul Aziz Bari (Adun Tebing Tinggi)

Mereka bertiga gagal melepasi syarat ujian semakan kehakiman untuk merit aduan mereka didengar.

Kamal turut berkata permohonan untuk mencabar keputusan Agong tersebut boleh diputuskan di peringkat permohonan kebenaran dibuat atau mesti diputuskan selepas kebenaran itu diberi.

“Lebih penting Perkara 150 (8) menutup pintu mahkamah daripada apa-apa cabaran atau permohonan yang dibuat terhadap perisytiharan itu dan ordinan yang diluluskan.

“Saya berpendapat bahawa isu itu boleh diputuskan di peringkat permohonan.

“Jelas tidak terdapat hujah yang menyokong permohonan pemohon. Oleh sebab itu, permohonan kebenaran ini adalah remeh,” katanya.

Selain tiga wakil rakyat pembangkang itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim juga sebelum ini dilaporkan turut memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Muhyiddin Yassin menasihati Agong untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Anwar, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menerusi Tetuan Karpal Singh & Co dengan menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua.

Pada 12 Januari lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan Sultan Abdullah memberi perkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah pro-aktif membendung wabak Covid-19.

Perdana menteri dalam pengumuman khas darurat pada hari yang sama menjelaskan jemaah menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari.

Perkara 150 (1) itu antara lainnya memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan sedang terancam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles