- Iklan -
Berita

Kes sembuh catat 2,104, terus mendahului kes baru Covid-19

Malaysia catat 1,647 kes baru jangkitan Covid-19 dengan 9 lagi korban.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pakar Kardiologi, Dr. Raja Ezman Faridz menerima suntikan Vaksin di Hospital UiTM Sungai Buloh.
Pakar Kardiologi, Dr. Raja Ezman Faridz menerima suntikan Vaksin di Hospital UiTM Sungai Buloh.

Sebanyak 1,647 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 319,364, kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Noor Hisham berkata sebanyak 2,104 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 300,620 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 712 kes diikuti Johor (170), Pulau Pinang (169), dan Sarawak (168).

Wilayah Persekutuan Labuan hanya mencatatkan satu kes sementara dan Putrajaya mencatat 2 kes hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 17,544.

“Daripada jumlah itu 147 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 61 orang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 9 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 1,200 orang.