Saturday, July 24, 2021

Rebelo de Sousa sekali lagi dilantik sebagai presiden Portugal

Rebelo de Sousa berjaya mempertahankan kedudukannya selepas menang pilihan raya umum 24 Januari lalu dengan memperoleh 60.67% undi.

Other News

Marcelo Rebelo de Sousa pada Selasa sekali lagi dilantik untuk penggal kedua sebagai presiden Portugal dan berikrar “memanfaatkan sebaiknya dana Eropah dengan memastikan pengurusan sumber kewangan yang baik” untuk membantu pemulihan pasca pandemik.

Bercakap di Parlimen, beliau berkata misinya adalah untuk mengakhiri ketakutan, “mengembalikan keyakinan rakyat ” dan “menyeimbangkan perkhidmatan kesihatan”, lapor Agensi Berita Xinhua.

Dalam lafaz sumpah jawatannya, Rebelo de Sousa berikrar mempertahankan, mematuhi dan menegakkan perlembagaan negara.

Menurutnya, Portugal mengalami “pertumbuhan ekonomi” dan sedang menuju keseimbangan masyarakat hinggalah kemunculan wabak yang menyebabkan “pandemik sosial dan ekonomi.”

“Saya serius dengan komitmen ini kerana mereka sangat memerlukannya – gelandangan, tidak mempunyai rumah yang sesuai, pesara miskin, penganggur atau diberhentikan kerja, keadaan tidak menentu pekerja dan pengusaha,” katanya.

Presiden turut mengulas mengenai pembukaan semula sempadan negara yang ditutup sejak 15 Januari serta keutamaan kedua dalam mandat baharunya iaitu mengurangkan jumlah kes dan kematian Covid-19, memperluas vaksinasi dan meningkatkan ujian saringan.

Rebelo de Sousa berjaya mempertahankan kedudukannya selepas memenangi pilihan raya umum pada 24 Januari dengan memperoleh 60.67% undi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles