- Iklan -
Berita

Kes sembuh terus meningkat, catat 5 kematian baru

5 korban akibat Covid-19 dicatatkan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Malaysia terus mencatatkan trend penurunan kes jangkitan Covid-19.
Malaysia terus mencatatkan trend penurunan kes jangkitan Covid-19.

Sebanyak 1,448 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 317,717, kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Noor Hisham berkata sebanyak 2,147 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 296,379 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 561 kes diikuti Johor (273), Sarawak (199).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya hari ini tidak mencatatkan kes jangkitan baru.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 20,333.

“Daripada jumlah itu 151 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 72 orang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 5 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 1,191 orang.