Saturday, July 31, 2021

Protes jalanan makin marak, presiden Senegal minta rakyat bertenang

Tunjuk perasaan membantah penahanan pemimpin pembangkang bertukar ganas di negara itu.

Other News

Presiden Senegal Macky Sall pada Isnin menyeru penunjuk perasaan menghentikan protes jalanan yang meletus berikutan penahanan seorang pemimpin pembangkang Ousmane Sonko, lapor Agensi Anadolu.

Dalam ucapannya, Sall mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tunjuk perasaan itu.

Tunjuk perasaan yang bertukar menjadi ganas itu turut menyebabkan kerugian harta benda, banyak bangunan awam diserang dan premis perniagaan diceroboh.

Tiada alasan untuk keganasan tegasnya dan meminta rakyat bertenang serta menyuarakan pendapat mereka secara aman.

Sall berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin masyarakat pelbagai kumpulan dan berpendapat kes Sonko – ketua parti politik pembangkang Patriots of Senegal for Ethics, Work and Fraternity (Pastef) – harus diserahkan kepada badan kehakiman.

Sonko yang dituduh merogol dan membuat ugutan bunuh, dilucutkan status anggota kabinet. Pada 3 Mac, Sonko bersama konvoinya menuju ke sebuah mahkamah di Dakar.

Bagaimanapun, konvoi itu disekat dan polis hanya membenarkan empat hingga lima kereta sahaja masuk ke perkarangan bangunan mahkamah.

Sonko kemudian ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keganasan antara penguatkuasa dan penyokongnya. Parti pembangkang dan NGO merancang mengadakan tunjuk perasaan selama tiga hari bermula 8 Mac.

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan banyak premis perniagaan diceroboh dan dibakar.

Sebaik dibebaskan, Sonko dalam satu sidang media berkata protes jalanan akan berlanjutan dan menunutut pihak berkuasa negeri membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan penyerang harus dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau turut meminta pembebasan tahanan politik dan individu lain yang ditahan dan akan memfailkan aduan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurutnya, revolusi di Senegal telah bermula dan tidak boleh dihentikan, pembangkang perlu pertahankan momentum ini sehingga pilihan raya 2024.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles