Sunday, August 1, 2021

Lebih dari 700,000 korban Covid-19 di Amerika Latin

Pada peringkat global, sekitar 117 juta jangkitan telah dilaporkan dengan 2.26 juta kematian sejak Disember 2019.

Other News

Lebih dari 700,000 nyawa terkorban akibat Covid-19 di Amerika Latin sejak pandemik diumumkan di seluruh dunia.

Rantau yang terdiri dari 34 negara dan wilayah di Amerika Tengah dan Selatan termasuk Mexico merekodkan 700,022 kematian.

Ia adalah angka kedua tertinggi selepas Eropah.

Brazil dan Mexico mewakili dua pertiga daripada angka kematian di rantau itu dengan mencatatkan lebih dari 500,000 kematian akhir tahun lalu dan masih menyaksikan peningkatan sehingga mencecah 600,000 kematian pada 2 Februari.

Brazil merupakan negara kedua mencatat kes kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat. Ia mencatat 266,000 kematian dari 11 juta kes jangkitan Covid-19.

Pada peringkat global, sekitar 117 juta jangkitan telah dilaporkan dengan 2.26 juta kematian sejak Disember 2019.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles