- Iklan -
Berita

Kes sembuh catat 2,345, terus meningkat lepasi kes baru Covid-19

9 kes kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
9 kes kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.
9 kes kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Sebanyak 1,280 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 316,269, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sebuah kenyataan, Noor Hisham berkata sebanyak 2,345 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 296,379 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 464 kes diikuti Johor (165), Sarawak (163). Pulau Pinang pula mencatat 143 kes jangkitan hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 18,704.

Daripada jumlah itu 155 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 76 orang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 9 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 1,186 orang.