Wednesday, August 4, 2021

Ahli Parlimen Upko nafi lompat parti sokong PN

Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam pembangkang.

Other News

Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang wakil rakyat di Sabah yang akan melompat parti menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) berkata berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

“Saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan pimpinan Upko bahawa ada satu portal yang mengaitkan nama saya…kononya saya salah seorang Ahli Parlimen pembangkang yang akan melompat dan memberi sokongan kepada kerajaan PN.

“Ini adalah usaha terdesak oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan berkenaan….Saya mahu pihak yang berkenaan berhenti menyebarkan fitnah ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia tidak dihentikan,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Madius adalah satu-satunya wakil Upko memenangi kerusi Parlimen atas tiket Barisan Nasional (BN), namun beliau kemudiannya bertindak membawa Upko keluar daripada BN untuk menyokong dan bersama-sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) membentuk kerajaan baharu Sabah ketika itu.

 

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles