Wednesday, December 1, 2021

PM ikrar pemerkasaan wanita jadi agenda penting kerajaan

Golongan wanita perlu diperkasakan adalah mereka adalah antara tonggak utama kejayaan negara.

Other News

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara, kata Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.

“Dapatan kajian menjangkakan bahawa pertambahan penyertaan 30 peratus wanita dalam pasaran buruh Malaysia, mampu meningkatkan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara antara tujuh hingga 12 peratus setahun,” katanya dalam rakaman ucapan sempena sambutan Hari Wanita 2021 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen, hari ini.

Muhyiddin berkata walaupun kejayaan demi kejayaan dicapai, tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemaskan kerana mereka masih terbelenggu dengan pelbagai isu termasuk stigma dan stereotaip yang mengehadkan peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu kerana sering dikaitkan dengan peranan tradisi khususnya dalam penjagaan dan pengasuhan.

“Kecenderungan mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan gangguan seksual di tempat kerja. Isu gejala sosial seperti penderaan anak, ‘sugar daddy’ dan sumbang mahram juga merisaukan kita kerana golongan wanita turut menjadi mangsa,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles