- Iklan -
Berita

Trend jangkitan Covid-19 terus menurun, catat bawah 2,000 kes baru

Malaysia catat 1,683 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 - Pejalan kaki melalui di kawasan air pancut Medan Pasar.
Kuala Lumpur, 10 Februari 2021 - Pejalan kaki melalui di kawasan air pancut Medan Pasar.

Malaysia terus menunjukkan trend penurunan jangkitan Covid-19 dengan mencatat 1,683 kes baru hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 313,460.

Selain itu, sebanyak 2,506 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 291,958 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 746 kes diikuti Sarawak (201), Johor (158).

Putrajaya mencatat kes paling rendah hari ini dengan 2 kes baru.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 20,333.

Daripada jumlah itu 174 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 84 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatatkan 3 lagi kematian hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,169 orang.