- Iklan -
Berita

Muhyiddin tiba di Jeddah bagi memulakan lawatan rasmi ke Arab Saudi

Lawatan ke negara ini atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz hari ini. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz hari ini. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada Sabtu untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz pada 5.31 petang (10.31 malam di Malaysia) disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Abd Razak Abdul Wahab dan isteri Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri Najwa Hasbullah.

Lawatan ke negara ini atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Beliau dan isteri akan menunaikan umrah di Mekah dan kemudian melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi sempena lawatan itu.

Perdana menteri seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Perdana menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke UAE sehingga 11 Mac.