Saturday, April 10, 2021

Tiga rakyat Malaysia antara kes import di Singapura

Kesemua mereka tiba dari Malaysia dan asimptomatik.

Other News

Tiga rakyat Malaysia adalah antara 18 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi memaklumkan kesemua mereka tiba dari negara asal dan asimptomatik.

Kes import lain ialah dari Bangladesh, Ghana, India, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat.

Setakat tengah hari semalam, Singapura mencatat 19 kes baharu, satu daripadanya merupakan kes dalam komuniti, menjadikan jumlah jangkitan di sini kepada 59,998 kes.

Sehingga kini, kementerian mengklasifikasikan 3,160 daripada kes yang dilaporkan adalah import, 2,327 kes dalam komuniti dan 54,511 melibatkan penghuni asrama.

Pada masa ini, terdapat dua kluster Covid-19 di Singapura.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles