- Iklan -
Berita

Pope Francis adakan lawatan 4 hari ke Iraq

Ini adalah lawatan luar negara pertama beliau sejak pandemik Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pope Francis dijadual bertemu Presiden Barham Salih di Zon Hijau, Baghdad, yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan dan kedutaan asing. Gambar: AP
Pope Francis dijadual bertemu Presiden Barham Salih di Zon Hijau, Baghdad, yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan dan kedutaan asing. Gambar: AP

Pope Francis dijadual melawat beberapa wilayah di Iraq sempena lawatan sulungnya bermula 5 hingga 8 Mac, lapor Agensi Berita Anadolu.

Beliau akan disambut dalam upacara rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Francis dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Mustafa Al-Kadhimi di sebuah dewan di lapangan terbang itu.

Beliau juga dijadual bertemu Presiden Barham Salih di Zon Hijau, Baghdad, yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan dan kedutaan asing.

Selain bertemu wakil pertubuhan bukan kerajaan dan diplomat, Francis juga akan mengunjungi Gereja Sayidat al-Nejat di Baghdad, yang pernah menyaksikan puluhan orang terbunuh dalam serangan pengganas pada 2010 semasa satu upacara keagFrancis juga akan melawat wilayah Najaf, Erbil dan Mosul.

Ini adalah lawatan luar negara pertama beliau sejak pandemik Covid-19.