- Iklan -
Berita

Pelaburan, dasar industri sedang difikir semula, kata PM di sebalik amaran perangkap pendapatan pertengahan

Malaysia perlu membangunkan industri eksport dan pembuatan produk-produk kompleks dan rumit.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Muhyiddin berkata Malaysia perlu mengubah pendekatan menjadi seuah negara pengeksport global. Gambar: Bernama
Muhyiddin berkata Malaysia perlu mengubah pendekatan menjadi seuah negara pengeksport global. Gambar: Bernama

Kerajaan sedang memikirkan semula dasar perindustrian dan strategi pelaburan asingnya dalam usaha memangkin semula ekonomi, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucaptama di Forum Ekonomi Belia 2021 secara maya hari ini, Muhyiddin berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terhenti sekitar AS$10,000 selama hampir satu dekad, ia menunjukkan bahawa Malaysia kini terperangkap dalam pendapatan pertengahan.

“Ia jatuh kepada 4.6% sejak dua dekad lalu.”

Beliau berkata KDNK yang bergerak perlahan menunjukkan jatuhnya aktiviti eksport negara.

“Penurunan dalam pertumbuhan eksport selari dengan jatuhnya sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK yang berada di puncak selepas AFC, lebih dari 30%, dan 21% pada 2019.

“Kesemua ini adalah simptom yang dijelaskan pakar ekonomi Harvard Dani Rodrick sebagai deindustrialisasi pra matang,” katanya.

Muhyiddin berkata “ujian litmus” bagi Malaysia untuk memecahkan perangkap pendapatan pertengahan ini kini berganda.

Katanya, untuk langkah pertama Malaysia perlu mengubah pendekatan menjadi sebuah negara pengeksport global. Beliau juga berkata negara perlu menggiatkan kemampuan dalam industri pembuatan produk-produk yang semakin kompleks dan rumit.

“Berdasarkan indeks kompleksiti ekonomi, hanya dengan satu standard ditingkatkan, KDNK Malaysia boleh tumbuh antara 0.7% dan 1.6% setahun.”

Malaysia juga perlu membina syarikat-syarikat multinasional, katanya keuntungan daripada usaha itu boleh membangunkan pertumbuhan “yang sangat tinggi” untuk ekonomi.

“Sebagai contoh, syarikat Samsung dan Hyundai yang pada satu ketika memandu KDNK Korea Selatan sebanyak 30%.

Beliau menambah Malaysia perlu bercita-cita tinggi dalam pendekatan ekonominya dengan objektif mencipta firma-firma domestik yang menjadi peneraju teknologi.