- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Malaysia catat kes pulih melebihi kes baru hari ini dengan 3,275 kes.
Malaysia catat kes pulih melebihi kes baru hari ini dengan 3,275 kes.

Sebanyak 2,154 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 310,097.

Sementara itu, 3,275 kes pesakit pulih dicatatkan dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan angka sebanyak 286,904 kes sembuh.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 794 kes diikuti Johor (463), Sarawak (250).

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 22,034.

Daripada jumlah itu 184 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 87 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdapat 6 lagi kematian akibat Covid-19 turut dicatat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 1,159.