Monday, August 2, 2021

Jemaah teruja ‘Abah’ hadir di Masjid Negeri Perlis

Perdana menteri dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar hari ini.

Other News

Orang ramai yang berkunjung ke Masjid Negeri Perlis untuk menunaikan solat Jumaat hari ini jelas gembira dan cukup teruja melihat kelibat pemimpin nombor satu negara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Seorang jemaah yang ditemui Mohd Ammar Mustaqim Zulkifli, 19, berkata beliau rasa bangga dapat bertemu dengan pemimpin yang dirujuk beliau sebagai ‘Abah’, kerana ini adalah kali pertama dia dapat melihat perdana menteri dari dekat.

“Bagi saya..’Abah’ (Muhyiddin) adalah wira kerana beliau telah banyak bersusah payah mentadbir negara ini, lebih-lebih lagi semasa negara kini ‘berperang’ dengan wabak Covid-19,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kepada Bernama ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat.

Raja Perlis Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersama Raja Muda Perlis, Syed Faizuddin Putra Jamalulail hari ini berkenaan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama dengan Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke Perlis.

Hadir sama menunaikan solat Jumaat, Menteri Besar Perlis Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof serta barisan Exco kerajaan negeri.

Solat Jumaat diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor manakala khutbah Jumaat disampaikan oleh Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Turut berkongsi kegembiraan adalah seorang warga emas, Osman Bakar, 68, yang berkata beliau secara peribadi menyanjungi Muhyiddin yang mesra rakyat sejak dari dulu lagi.

“Walaupun tidak berkesempatan untuk bersalam dengan Tan Sri kerana terpaksa mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan, saya rasa bersyukur kerana dapat solat bersama beliau dan Raja Perlis yang kami rakyat Perlis sayangi,” katanya.

Terdahulu perdana menteri melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perlis Azlan Man, dan selepas solat Jumaat, Muhyiddin dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar sebelum menamatkan lawatannya dan pulang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles